Kamis, 31 Desember 2015

Mega gerimis



Selepas hujan mengguyur
bumi basah dan subur
perlahan mendung berpesan
awan mega secantik kurniaan
melambai rindu angin
pada pesona kirmizi senja
melorek langit jingganya
Sukma insan doa-nya mabrur
bersua teman dan tempat teduh
di langgar maghrib yang berlabuh
Hujung ranting dahanan muda
pucuk-pucuk dedaunan menghijau
dibuai sejuk serumpun udara
membalut gering jiwa luruh
ke dada bumi jujur mengeluh
tanah rohani lembap basah
melekuk kerikil ego amarah
sampai lembut berpadu
kerikil dan pasir bersatu
Mega petang
mengakrabkan malam dan gerimis
azan berkumandang
memanggil sembahyang hemah dan manis
Pulanglah ke raga tuhan
mendakap kehangatan syukur
tadahkan doa nan luhur
insaflah dalam tafakur
mengenangkan senja yang tiba


Sand Warehouse

Tidak ada komentar:

Posting Komentar