Kamis, 31 Desember 2015

Terompet Tahun Baru (Happy new year)



Terompet Tahun Baru

Aku dan Ibu pergi jalan-jalan ke pusat kota
untuk meramaikan malam tahun baru.
Ayah pilih menyepi di rumah saja
sebab beliau harus menemani kalender
pada saat-saat terakhirnya.

Hai, aku menemukan sebuah terompet ungu
tergeletak di pinggir jalan.
Aku segera memungutnya
dan membersihkannya dengan ujung bajuku.
Kutiup berkali-kali, tidak juga berbunyi.

Mengapa terompet ini bisu, Ibu?
Mungkin karena terbuat dari kertas kalender, anakku.
 
by: joko pinurbo


Mega gerimis



Selepas hujan mengguyur
bumi basah dan subur
perlahan mendung berpesan
awan mega secantik kurniaan
melambai rindu angin
pada pesona kirmizi senja
melorek langit jingganya
Sukma insan doa-nya mabrur
bersua teman dan tempat teduh
di langgar maghrib yang berlabuh
Hujung ranting dahanan muda
pucuk-pucuk dedaunan menghijau
dibuai sejuk serumpun udara
membalut gering jiwa luruh
ke dada bumi jujur mengeluh
tanah rohani lembap basah
melekuk kerikil ego amarah
sampai lembut berpadu
kerikil dan pasir bersatu
Mega petang
mengakrabkan malam dan gerimis
azan berkumandang
memanggil sembahyang hemah dan manis
Pulanglah ke raga tuhan
mendakap kehangatan syukur
tadahkan doa nan luhur
insaflah dalam tafakur
mengenangkan senja yang tiba


Sand Warehouse

Jambu yang paling merah



Jambu yang paling merah
melambaikan ghairah
agar digetisnya
untuk dicicip rasa enak
merah ranum yang berlemak
manis jus yang cerak
Di hujung ranting
jambu itu terbuai
bagai berjuntai untuk;
kugapai tak sampai
kujinjit tak capai
kukaut tak kena
kujangkau tak rasa
kubaling tak jatuh
aku merintih keluh
Seekor pipit kecil
hinggap di ranting
renek dan condong
mematuk-matuk lohong
jambu yang paling merah
melambaiku ghairah
bukan rezeki pagiku

Molek Garden
7 Jan, 2011